Latar belakang Rina Nose

Kerjaya

Rina Nose memulakan kerjayanya ketika bergabung dalam kumpulan Jurnal yang mengikuti Audisi Pelawak TPI (API) musim ke-3, sebuah program pencarian bakat baharu dunia lawak Indonesia. Selepas melepasi program tersebut, Rina mula mendapat tawaran untuk mengisi acara di televisyen dan lebih banyak tampil bersendirian.

Selain itum Rina mengikuti program Superstar Show 2007 bersama Ki Daus. Menerusi program tersebut, bakat Rina dalam dunia nyanyian mula terlihat. Sedangkan, sebenarnya sebelum API lagi, Rina sudah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Kecintaannya pada dunia nyanyian sudah muncul sejak kecil. Rina juga pernah mengikuti uji bakat Indonesian Idol, Akademi Fantasia pada tahun 2000-an, tetapi gagal. Namun penampilan duetnya dengan Ki Daus telah membuka jalan untuk kerjaya Rina di dunia hiburan.

Kehidupan peribadi

Pada 12 Desember 2012, Rina bernikah dengan Ridwan Feberani Anwar di Bali. Namun perkahwinannya tidak berpanjangan sehingga pada 13 Mei 2013, Rina menuntut cerai suaminya. Akhirnya, pada 17 Julai 2013, Mahkamah Agama Jakarta Timur mengabulkan permohonannya dengan putusan verstek.[2] Pada 22 Oktober 2019, Rina Nose bernikah untuk kali kedua dengan Josscy Aartsen di Belanda.[3]

Rina mempunyai saudara lelaki bernama Abi Krisna, yang menjadi pengurusnya.[4]